Alor Setar: Briged Sukarelawan 1Malaysia (BS1M), di sini, kerugian kira-kira RM14,000 selepas beberapa peralatan dan wang hilang.
Pengarah BS1M yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri, Mahadzir Abdul Hamid, berkata beliau menyedari kehilangan peralatan itu ketika membuat audit harta, 31 Ogos lalu.
Menurutnya, beberapa peralatan penting yang didapati hilang disyaki dicuri adalah dua pemotong kayu bergergaji, satu unit alat projektor LED, empat unit alat perhubungan radio, audio visual kenderaan yang dianggarkan bernilai RM11,000 dan RM3,000 tunai.
“Saya percaya perbuatan ini dilakukan lelaki berusia 30 tahun yang juga bekas ahli BS1M dan ditamatkan keanggotaannya selepas terbabit dalam gejala dadah,” katanya.
Mahadzir juga sudah membuat laporan polis, malam tadi, di Balai Polis Jeniang.
BS1M adalah NGO yang ditubuhkan sejak enam tahun lalu dan bernaung di bawah Yayasan Jariah Malaysia yang banyak melakukan kerja amal dan bantuan mangsa bencana.