Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Polis Sedia Kerjasama Dengan Thailand Buru Penjenayah Dikehendaki

$
0
0

khalid_abu_bakar_1104_620_412_100

 

NILAI – Polis sedia memberikan kerjasama dengan pihak berkuasa Thailand berhubung terdapat beberapa penjenayah berbahaya yang dikehendaki pihak berkuasa itu yang dipercayai sedang bersembunyi di Malaysia.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya sedia bekerjasama dan pihak berkuasa Thailand perlu berhubung menerusi platform Interpol untuk membolehkan kita mengambil tindakan.

“Itu tidak menjadi masalah kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan tambah lagi jiran kita Thailand, Singapura, kita saling berhubungan jadi tidak ada masalah untuk kita memberikan kerajsama yang amat baik kepada rakan sejawatan kami di Thailand.

“Memang ada penjenayah sana (Thailand) yang bersembunyi disini, penjenayah kita (Malaysia) pun ada disana (bersembunyi), itu perkara biasa, mereka menyeberang sempadan,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai beberapa penjenayah dikehendaki pihak berkuasa Thailand dipercayai sedang bersembunyi di Malaysia.

Bagaimanapun katanya, pada peringkat ini ia tidak menjadi satu ancaman yang besar walaupun kami mengawasi sempadan itu.

“Maklum sahaja pelbagai kegiatan yang belaku di selatan Thailand yang mungkin boleh mendatangkan bahaya kepada rakyat negara ini.

“Jadi polis sentiasa memberi perhatian yang rapi dan kita akan memberikan kerjasama kepada pihak Thailand dalam hal-hal memerangi pengganas dan sebagainya. Bagi butir, kita akan bantu cari,” katanya.‎

Menurut Komander Polis Wilayah Narathiwat, Mejar General Phattanawut Angkhanawin, seorang daripadanya dipercayai pembuat bom.

“Mereka turut dipercayai terlibat mendalangi serangan bom di selatan Thailand dan kesalahan dadah,” katanya.

Antara yang bersembunyi di Malaysia, dua orang suspek serangan di Hospital Cha Ai Rong pada 13 Mac lalu, Mat Sapi Dino dan Zulkifli Manaf.

Tiga lagi suspek bersembunyi yang namanya tidak didedahkan dipercayai mereka yang melancarkan serangan di Phuket, Sungai Golok , Weng dan Takbai.

Dua daripadanya mahir dengan bahan letupan dan senjata api.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082