Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Basikal Dirempuh SUV, Lelaki Tercampak Masuk Longkang

$
0
0

MAYAT warga Nepal dihayutkan arus selepas kemalangan ditemui pasukan bomba

 

Subang Jaya: Seorang pekerja kilang dipercayai lemas selepas terpelanting jatuh ke dalam longkang sejurus basikal ditunggang dilanggar sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) di Jalan Persiaran Subang, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi itu, mangsa lelaki berusia 40 tahun itu terus hilang dihanyutkan arus deras.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari berkata, kejadian berlaku sewaktu mangsa menunggang basikal dari arah Persiaran Kewajipan menuju ke kilang tempat dia bekerja di Persiaran Subang Indah di sini.

Bagaimanapun mangsa dilanggar kenderaan SUV model Toyota Harrier dipandu seorang wanita berusia 26 tahun di simpang empat lampu isyarat Persiaran Subang, di sini.

“Siasatan awal mendapati mangsa tercampak ke atas cermin depan kenderaan sebelum jatuh terpelanting ke dalam longkang.

“Mangsa warga Nepal didapati hilang dibawa arus deras berikutan berlaku hujan ketika kejadian,” katanya.

Azlin berkata, polis turut mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di sekitar lokasi kejadian.

“Gerakan mencari mangsa kemudian dilakukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Angkatan Pertahanan Awam (APM) di sepanjang longkang berkenaan sehingga ke Sungai Klang.

“Bagaimanapun mayat mangsa akhirnya ditemui sekitar jam 6.30 petang semalam di longkang besar Taman Perindustrian Subang di sini. Siasatan akan dilakukan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Trending Articles