Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Remaja Lemas Kereta Terbabas Masuk Sungai

$
0
0

sungai

 

KUANTAN: Seorang remaja maut selepas kereta dinaiki bersama ahli keluarganya terbabas dan terjatuh ke dalam sungai dekat Kampung Berhala, Jalan Bera-Triang, dekat Temerloh, awal pagi tadi.

Rahamiah Fatihah Sunadi, 19, dipercayai lemas selepas gagal diselamatkan bapanya, Sunadi Samu, 51, yang memandu kereta berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Balai Temerloh, Hashnuddin Hussin, berkata bapa mangsa dikatakan cuba menarik tangan anaknya untuk dibawa ke tebing sungai, namun terlepas akibat licin.

Katanya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilancarkan pada jam 6.58 pagi oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Temerloh.

Selain Sunadi, beliau berkata, turut diselamatkan ialah isterinya, Rita Katajo, 45; anak mereka, Sarafuddin, 17; dan Mohd Khairuddin Mustakim, 10.

“Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Balai Bomba dan Penyelamat Temerloh menemui mayat mangsa pada jam 9.01 pagi kira-kira 20 meter dari lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi di sini, sebentar tadi.

Beliau berkata, mereka yang selamat dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAH) Temerloh untuk rawatan lanjut manakala mayat mangsa dibawa ke tempat sama untuk bedah siasat.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082