Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Polis Tahan Suspek Militan IS Di Stesen LRT Ampang

$
0
0

image

Polis menahan seorang suspek anggota militan yang dikaitkan dengan pertubuhan pengganas Negara Islam (IS) di Stesen Rel Transit Ringan (LRT) Jelatek, Ampang, dekat sini, semalam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata pegawai dari Unit Cawangan Khas Memerangi Keganasan dipanggil E8, juga merampas senjata dan dokumen semasa penangkapan itu.

“Syabas E8 CK @PDRMsia semlm tkap 1 (L) disyaki elemen IS di LRT Jelatik, Ampg. Senjata dan dokumen IS dirampas. #GoPDRMGo,” Khalid, yang menggunakan akaun Twitter @KBAB51, berkata demikian di laman rangkaian sosial, awal pagi ini.

Terdahulu, polis mempertingkatkan amaran kepada tahap tertinggi susulan serangan di Jakarta pada Rabu lalu.

Khalid dilaporkan berkata, berikutan kejadian sejak beberapa bulan lepas di peringkat global, polis meningkatkan langkah-langkah pencegahan dan melaksanakan amaran tahap tinggi untuk mengelakkan kekejaman seumpama itu daripada berlaku di Malaysia.

Langkah-langkah keselamatan yang dipertingkatkan, katanya, adalah di tempat di tempat-tempat awam seperti pusat membeli-belah dan tempat-tempat pelancong, manakala tindakan berjaga-jaga tambahan akan dilaksanakan di kawasan sempadan untuk menghalang penyusupan oleh unsur-unsur pengganas.

“Mereka dalam radar yang mencurigakan yang berkaitan dengan aktiviti pengganas akan dipantau dengan teliti,” beliau dipetik sebagai berkata.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Trending Articles