Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Penjenayah Parah Ditembak Polis Dalam Cubaan Menyamun

$
0
0

7032_cekcok-anggota-polisi-di-rohul-tembak-istrinya-hingga-tewas

 

GOMBAK: Seorang penjenayah parah terkena beberapa das tembakan yang dilepaskan anggota polis ketika suspek bersama dua rakannya cuba menyamun seorang peniaga barangan elektrik di Batu 16, Jalan Ipoh, Rawang, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, seorang suspek dikatakan masuk ke dalam kedai berkenaan dan mengacukan pedang samurai ke arah lelaki berusia 53 tahun ketika mangsa berada di dalam kedai dan memintanya menyerahkan sejumlah wang.

Mangsa yang ketakutan kemudian menyerahkan RM30 kepada suspek namun suspek merampas tablet milik mangsa bersama wang RM300 yang berada di dalam beg tablet itu.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad, berkata kejadian disedari seorang anggotanya yang kebetulan berada di lokasi bersama keluarga dan memberi amaran kepada suspek dengan memperkenalkan diri sebagai anggota polis.

Katanya, suspek tidak menghiraukan amaran itu, sebaliknya terus meluru ke arah anggota berkenaan dan melibaskan parang ke mukanya. “Dalam keadaan itu, anggota melepaskan empat das tembakan bagi mempertahankan diri dan mengenai badan suspek lalu rebah.

“Bagaimanapun, suspek dapat bangun semula dan cuba melarikan diri dengan membonceng sebuah motosikal ditunggangi seorang lelaki tetapi, berjaya ditahan. “Seorang lagi suspek yang berada di luar kedai turut ditahan dengan bantuan mangsa,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Ali berkata, suspek yang cedera dihantar ke Hospital Selayang untuk rawatan. “Setakat ini, tiga suspek ditahan berusia antara 20 hingga 30 tahun termasuk seorang yang cedera ditembak.

“Berdasarkan siasatan awal, semua suspek dipercayai terbabit dalam beberapa kes samun yang berlaku di sekitar daerah ini namun, siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya yang menyiasat kes mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082