Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Beruang Matahari Maut Dirempuh Kereta Ketika Melintas

$
0
0

DUNGUN 11 SEPTEMBER 2016 Beruang Matahari Jantan mengalami kecederaan teruk dan mati di tempat kejadian selepas dirempuh kenderaan di Jalan Jerangau Jabur, Dungun.STR/AHMAD RABIUL ZULKIFLI

 

Dungun: Seekor beruang matahari jantan mati dirempuh Proton Persona di Jalan Jerangau-Jabor di sini, kelmarin.

Haiwan seberat 40 kilogram itu dipercayai dirempuh ketika melintas berhampiran Bandar Al-Muktafi Billah Shah (AMBS) dekat sini, jam 10 pagi.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Terengganu Mohd Hasdi Husin berkata, pihaknya dimaklumkan kejadian jam 10.20 pagi itu sebelum bergegaske tempat kejadian dan mendapati beruang jantan itu cedera pada anggota badan akibat dirempuh.

“Haiwan itu dipercayai melintas untuk mencari makanan di kawasan ladang buah-buahan berhampiran sebelum dirempuh kereta yang melalui kawasan berkenaan,” katanya.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082