Miri: Mayat wanita berusia 60-an ditemui terapung di dalam parit berhampiran Kampung Baru Pujut 7 di sini, hari ini.
Dalam kejadian 8.30 pagi itu, mayat tanpa identiti berkenaan ditemui dalam keadaan masih mengenggam wang sebanyak RM3.10 dan dan plastik mengandungi sayur dan telur.
Timbalan Ketua Polis Daerah Miri Superintendan Stanley Jonathan Ringgit berkata, mangsa dipercayai terjatuh ke dalam Sungai Miri sebelum dihanyutkan ke kawasan parit berhampiran kampung itu.
Menurutnya, polis tidak menolak kemungkinan mangsa baru sahaja pulang dari pasar berhampiran sebelum terjatuh berikutan terdapat bungkusan sayur dan wang bersama mangsa.
“Orang ramai yang mempunyai kehilangan mangsa diminta membuat laporan polis di balai berdekatan dan pengecaman mayat,” katanya.