Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Budak 3 Tahun Cemas Terkunci Dalam Kereta Lebih Setengah Jam

$
0
0

zz

 

Kota Bharu: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun terkunci dalam kereta Toyota Vios selama lebih setengah jam di Jalan Kampung Cina di sini, semalam.

Dalam kejadian 6.30 petang itu, kanak-kanak berkenaan berada di bahagian penumpang hadapan, selamat dikeluarkan anggota bomba dan penyelamat.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu Pegawai Bomba Kanan II Che Mazlan Mohd berkata, pihaknya mendapat panggilan kecemasan pada 6.47 petang dan tujuh anggota bergegas ke lokasi kejadian.

“Sebaik sampai, seorang kanak-kanak didapati terkunci dalam kereta dan duduk di bahagian penumpang hadapan kereta.

“Pasukan kita membuka pintu kereta menggunakan peralatan khas yang mengambil masa selama 15 minit,” katanya di sini.

Menurutnya, kanak-kanak itu berjaya dikeluarkan dan diserahkan kepada ibu bapanya.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082