Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Wanita Maut Sesak Nafas Tercekik Daging

$
0
0

mayat-tanpa-identitas

 

ALOR SETAR – Seorang wanita berusia 25 tahun meninggal dunia selepas mengalami sesak nafas dipercayai akibat tercekik daging salai di rumahnya di Kampung Bukit Raya Dalam di sini.

Dalam kejadian kira-kira 5.30 petang semalam itu, mangsa, Nur Azimah Abdullah Alharith bersama anggota keluarga lain sedang menikmati daging korban yang dimasak salai sebelum mengadu sesak nafas dipercayai akibat tercekik.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Pendang, Norlizawati Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan pada 5.53 petang daripada keluarga meminta bantuan menghantar mangsa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini.

Katanya, sebaik pihaknya tiba lima minit kemudian, mangsa sudah tidak sedarkan diri namun masih bernyawa.

“Bagaimanapun sebaik tiba di hospital, mangsa disahkan meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi di sini. – Bernama


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082