Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Sindiket Judi Online Promosi Guna Aplikasi WeChat

$
0
0

image

 

ALOR SETAR – Sindiket judi online yang mempromosikan perkhidmatan pertaruhan melalui aplikasi We Chat mencecah RM120,000 tumpas dalam Ops Dadu di sebuah kediaman di Taman Sutera Idaman, Sungai Petani, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Kedah, Senior Asisten Komisioner Mohd Nashir Ya berkata, lima lelaki dipercayai terbabit dalam kegiatan judi online sejak dua bulan lepas turut ditahan dalam serbuan itu.

“Dalam operasi gabungan JSJ Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Kedah dan JSJ Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda diketuai Asisten Superintendan Johari Yahya itu, semuan individu ditahan termasuklah seorang remaja berusia antara 17 hingga 30 an.

“Hasil pemeriksaan lanjut dilakukan pihak polis berjaya menemui dan merampas beberapa peralatan disyaki digunakan semua invidu untuk menerima taruhan itu,” katanya.

Antaranya, termasuklah telefon bimbit jenama Ienovo (20), telefon bimbit jenama Nokia (1), telefon bimbit jenama Redme (1), router jenama Asus (1), moderm jenama TM (1), komputer riba jenama Dell (1), komputer riba jenama asus (1) dan set komputer bersama CPU jenama Samsung (3).

Malah, beliau berkata, mereka turut menemui satu fail syarikat dipercayai mengandungi dokumen disyaki transaksi pertaruhan judi online berkenaan.

Menurut beliau, sindiket terbabit disyaki melakukan kegiatan perjudian online haram sejak Julai lepas dengan nilai pertaruhan sehari RM2,000, manakala keseluruhan RM120,000.

Manakala, kata beliau, hasil siasatan sindiket berkenaan menyasarkan pelanggar sekitar Ipoh, Perak, Kuala Lumpur dan Johor Bahru untuk menyertai pertaruhan haram secara online itu.

Nashir berkata, pihaknya mendapati sindiket menggunakan modus operandi dengan mengiklankan kegiatan judi online melalui aplikasi We Chat melalui siasatan.

Katanya, sindiket berkenaan menawarkan empat ‘link’ laman sesawang, iaitu SC888, GW99, ROLLEX11 dan 3WIN8 sebagai pilihan kepada pelanggan online yang berminat bertaruh.

Nashir berkata, pihaknya mendapati pelanggan berminat akan memuat turun link laman sesawang pilihan mereka, sebelum menerima akaun bank untuk transasi bayaran dari sindiket.

“Selepas itu, mereka akan menerima ID dan password untuk memulakan penjudian online selepas pembayaran dilakukan pelanggan disahkan ahli sindiket terlibat,” katanya.

Untuk itu, katanya, kes berkenaan akan disiasat dibawah Seksyen 4(1)(c) Akta Pertaruhan 1953, dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak kurang RM20,000 dan tidak lebih RM200,000 serta penjara tidak lebih lima tahun.

Setakat ini, kata beliau, kesemua lima lelaki yang terlibat dalam kegiatan berkenaan ditahan reman selama lima hari bermula semalam hingga 18 September depan.

Nashir berkata, polis Kedah memandang serius sebarang kegiatan perjudian haram, malah tidak akan bertolak ansur terhadap mana individu ataupun sindiket yang terlibat dalam kegiatan itu.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Trending Articles