Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Anggota Polis Rompak Kafe Siber Ditahan

$
0
0

SEORANG anggota polis ditangkap selepas disyaki merompak sebuah kafe siber di Sri Petaling, Kuala Lumpur, pagi tadi. Gambar kecil, sepucuk pistol jenis Sig Sauer bersama satu kelopak peluru. - Foto PDRM

 

KUALA LUMPUR: Seorang anggota polis ditangkap selepas disyaki merompak sebuah kafe siber di Jalan Radin Anum 1, Sri Petaling di sini, semalam.

Suspek berusia 55 tahun dilaporkan masuk ke kafe siber itu kira-kira jam 7 pagi sebelum melarikan wang tunai RM2,000 selepas mengugut penjaga premis terbabit dengan mengacukan pistol.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Sharul Othman, berkata selepas disamun, penjaga premis terbabit menghubungi rakannya dan cuba mengejar suspek.

“Ketika sedang melarikan diri berhampiran sebuah restoran mamak di situ, suspek menyedari ada orang mengejarnya dan bertindak melepaskan satu das tembakan ke arah mangsa.

“Bagaimanapun tembakan itu tersasar dan hanya terkena sedikit di dada kanan mangsa menyebabkan mangsa yang berusia 31 tahun cedera ringan,” katanya di sini.

Sharul berkata, polis yang menerima maklumat berhubung kejadian rompakan itu berjaya menangkap suspek di Jalan Radin Tengah, tidak jauh dari lokasi dia melepaskan tembakan.

“Kita menemui semula wang RM2,000 yang dipercayai disamun dan semakan mendapati suspek adalah anggota polis berpangkat Lans Koperal yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.

“Kita turut merampas sepucuk pistol jenis Sig Sauer bersama satu kelopak peluru dan kita percaya senjata itu adalah milik pihak polis yang digunakan suspek ketika bertugas,” katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan kerana merompak dan Seksyen 397 kanun sama atas kesalahan melakukan rompakan bersenjata serta Seksyen 39 Akta Senjata Api 1960 kerana kesalahan melepaskan tembakan di tempat awam.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Trending Articles