Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Sami Parah Ditikam Dalam Kejadian Samun

$
0
0

lawannoa_1474133121

 

Tumpat: Sami parah ditikam di belakang badannya dalam kejadian samun di rumahnya di Kampung Jubakar Darat, petang semalam.

Phra Wiwat Pho Anusasn, 55, kemudian dikejarkan ke Hospital Tumpat sebelum dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu untuk rawatan lanjut.

Pekerja binaan yang cuba menyelamatkan mangsa yang juga warga Thailand, turut cedera.

Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung Persekutuan Jubakar Darat, Eh Dam Nenbi, berkata sebelum kejadian mangsa tiada di rumahnya kerana berada wat berhampiran rumahnya.

Katanya, dia difahamkan bahawa sami terbabit terserempak dengan penyamun itu ketika masuk ke dalam rumahnya.

“Oleh itu, berlaku sedikit pergelutan antara sami terbabit dengan penyamun sebelum dia ditikam dengan senjata tajam.

“Menyedari kekecohan berlaku, pekerja binaan yang berada di kawasan berhampiran cuba menyelamatkan sami terbabit. Tapi, dia pun dicederakan ,” katanya ketika dihubungi.

Bagaimanapun, katanya, penyamun terbabit ditangkap dengan bantuan orang ramai dan diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Tumpat, Deputi Superintendan Mazuki Mat ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan terbabit dan siasatan lanjut masih dijalankan.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082