Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Penduduk Terkejut Kejadian Tebing Runtuh

$
0
0

KULAI 17 SEPTEMBER 2016. ( BH JBH045G / METRO JB520H ) Sebahagian tanah runtuh yang telah ditutupi dengan plastik di Jalan Belian, Bandar Putra, Kulai. NSTP/ZULKARNAIN AHMAD TAJUDDIN

 

Kulai: Tidur nyenyak penduduk di Jalan Belian 2 di Bandar Putra, di sini, semalam terganggu apabila mereka dikejutkan dengan kejadian tebing runtuh.

Kejadian jam 3 pagi itu menyebabkan jalan sepanjang 30 meter dan tebing 10 meter runtuh akibat aliran air bawah tanah.

Penduduk, Sarinah Mohd Sahar, 44, berkata seminggu sebelum kejadian ini, jiran ada memberitahu wujud lubang di kawasan jalan berdekatan rumahnya dan perkara itu diajukan kepada pemaju.

“Kejadian tanah runtuh itu mengejutkan kami hingga risau, selain takut jika keadaan jadi lebih teruk dan mohon pihak berwajib mengambil tindakan segera bagi mengelak insiden tidak diingini,” katanya.

Dia bimbang jika kejadian runtuhan berlaku lagi kerana ada aliran air bawah tanah.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Putra Kulai, Mohd Nasib Mohd Sam berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 7.41 pagi semalam.

“Dua jentera bersama 11 anggota bergegas ke tempat kejadian dan tiba pada jam 8.02 pagi serta operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 10.57 pagi.

“Pada peringkat ini, belum ada keperluan memindahkan penduduk dan kami mengambil langkah keselamatan termasuk memasang pita keselamatan melarang orang ramai mendekati kawasan terbabit,” katanya.

Katanya, pihaknya memantau kawasan kejadian dari semasa ke semasa dan jika ada isu keselamatan, pihaknya akan melakukan pemindahan penduduk.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah negeri, Datuk Hasni Mohammad berkata, Jabatan Kerja Raya dan Majlis Perbandaran Kulai maklum perkara itu.

Katanya, pihaknya mendapatkan khidmat nasihat Institut Kerja Raya Malaysia (IKRAM) untuk menjalankan siasatan, selain cadangan mengenai kaedah pembaikan di lokasi kejadian.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082