Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Ancaman Daesh Di Pulau Pinang Tidak Benar – Polis

$
0
0

logo-pdrm

 

GEORGETOWN – Polis Pulau Pinang menafikan terdapat ancaman oleh Daesh di negeri ini dan meminta orang ramai supaya bertenang.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Ghafar Rajab berkata imej anggota polis yang membuat rondaan di pusat membeli-belah yang disebarkan media sosial semalam merupakan gambar lama dan situasi itu bukan berlaku di Pulau Pinang.

Abdul Ghafar mengakui bahawa polis meningkatkan keselamatan pada Hari Malaysia semalam sebagai langkah berjaga-jaga untuk memastikan keselamatan orang ramai.

“Saya menyeru agar orang ramai tidak menyebarkan cerita yang tidak benar di media sosial kerana ia boleh menimbulkan panik dan rasa takut dalam kalangan mereka.

“Sahkan dahulu dengan polis sebelum membuat sebarang komen berhubung keselamatan negara,” katanya ketika dihubungi di sini.

Gambar tersebut disebar orang ramai sehingga ke Sabah dan Sarawak sejak semalam. –Bernama


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082