Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

[Video] Lelaki Ragut Rantai Emas Kanak-Kanak Dibelasah Orang Awam

$
0
0

rauguutsh-transformed

 

SHAH ALAM: Seorang lelaki warga negara Indonesia dibelasah orang awam selepas meragut rantai emas milik seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun di Pasar Tani Seksyen 13 di sini, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat, berkata dalam kejadian jam 10.35 pagi itu, mangsa memberitahu ibunya yang juga peniaga di situ bahawa rantai lehernya ditarik seorang lelaki sebelum menunjukkan ke arah peragut itu.

Ibu mangsa yang panik segera mengejar dan menjerit ‘pencuri’ sebelum orang awam yang berada di tempat kejadian bertindak menangkap seterusnya memukul suspek sebelum diserahkan kepada Anggota Penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang bertugas.

“Suspek yang berusia 36 tahun cedera di mata kiri, hidung sebelah kiri, lebam di dada serta berdarah di kepala. “Suspek diserahkan kepada polis sebelum dibawa ke Hospital Shah Alam (HSA) untuk mendapatkan rawatan.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan,” katanya. Sementara itu, satu klip video berdurasi tiga minit tersebar dalam laman sosial Facebook, menunjukkan suspek masih lagi dipukul oleh orang awam walaupun dia sudah diserahkan kepada polis.

Bagaimanapun, anggota polis yang menahan suspek berjaya meminta orang awam bertenang sebelum meminta mereka yang memukul suspek hadir ke balai polis.

 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Trending Articles