Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Murid Lelaki Maut Dirempuh Lori Depan Sekolah

$
0
0

mayat-transformed_12

 

BAGAN SERAI: Seorang murid lelaki maut dirempuh lori membawa muatan makanan ayam di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Teluk Medan, di sini, hari ini.

Dalam nahas jam 7.20 pagi itu, mangsa, Mohammad Haikal Helme, 11, dari Kampung Parit Gabis Atas, di sini, maut di lokasi kejadian dalam keadaan memilukan di hadapan ibunya sendiri.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob, berkata siasatan awal mendapati mangsa melintas jalan untuk memasuki sekolahnya sebelum dirempuh lori berkenaan yang datang dari arah Butterworth menghala ke Sungai Siput.

Katanya, rempuhan itu menyebabkan mangsa maut di tempat kejadian sebelum mayatnya dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk bedah siasat.

“Siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya ketika dihubungi.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082