Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

‘Penguatkuasa Kejar, Namun Mereka Larikan Diri ‘– MB Pahang Ulas Isu Pelombong Haram Bauksit

$
0
0

MB Pahang

KUALA LUMPUR, 18 Jan — Datuk Seri Adnan Yaakob mendakwa kerajaan negeri Pahang sudah melakukan yang termampu terhadap mereka yang mengancam alam sekitar, selepas dikritik ramai tentang isu perlombongan bauksit.

Menteri besar Pahang itu berkata pihak penguatkuasa negeri sudah pun menjalankan tugas namun pelombong haram tidak dapat ditangkap kerana sudah melarikan diri.

Beliau juga mendakwa kerajaan negeri tidak mempunyai cukup sumber untuk menghentikan perlombongan bauksit haram yang menyebabkan kemusnahan alam sekitar dan masalah kesihatan.

“Kerajaan negeri kurang sumber manusia, dengan bantuan kerajaan persekutuan, penguatkuasaan jadi berkesan.

“Ia bukannya disebabkan kita berlengah atau bertangguh [penguatkuasaan] cuma ia menjangkau keupayaan kita,” katanya dalam satu wawancara bersama akhbar New Straits Times.

Adnan berkata tidak mahu menyalahkan sesiapa dalam hal ini kerana semua agensi penguatkuasa kecuali Pejabat Tanah dan Galian berada di bawah kerajaan pusat.

Katanya, Pahang pada mulanya tidak mahu melibatkan kerajaan persekutuan namun masalah menjadi semakin besar dan tidak boleh dikawal.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082