Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Polis Buru Individu Baling Batu Dari Jejantas Lebuh Raya

$
0
0

ALOR SETAR 24 SEPTEMBER 2016 .(ASM616Q)  Keadaan cermin kereta yang terkena batu di  jejantas  Kilometer 40.6,  Lebuhraya Utara Selatan arah Pekan Jitra ke Bukit Pinang.NSTP/IHSAN PDRM

 

Alor Setar – Polis memburu individu disyaki melakukan perbuatan khianat melempar batu ke arah tiga kenderaan sehingga mengakibatkan kerosakan di Kilometer 40.6 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah Utara, dekat sini, kelmarin.

Insiden itu mula diviralkan di laman sosial Facebook sejak semalam apabila seorang daripada mangsa memuat naik status mengenai kejadian berkenaan.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam itu, batu yang dibaling dari atas jejantas mengenai ketiga-tiga kenderaan yang datang dari arah Jitra ke Bukit Pinang, dekat sini.

Tindakan itu mengakibatkan kenderaan jenis Mazda dipandu Noorazlina Azzura Kusnedy, 31, mengalami kerosakan pada bumbung dan pecah cermin hadapan, manakala pacuan empat roda Mitsubishi Triton dipandu Mohamed Zuned Bashir Ahmed, 36, rosak di bahagian bampar dan cermin hadapan serta kemek di bahagian bonet.

Kenderaan ketiga iaitu kereta jenis Toyota Vios dipandu Cheang Qiu Xia, 42, pula rosak di bahagian lampu sorot. Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin, berkata susulan kejadian ketiga-tiga pemandu membuat laporan di Balai Polis Trafik Kota Setar pada hari kejadian.

“Kita percaya ini adalah perbuatan khianat yang disengajakan dan bukannya secara kebetulan polis sedang menjalankan siasatan rapi dan sesiapa yang ada maklumat diminta tampil untuk membantu siasatan,” katanya di sini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082