Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Syura Tampil Membalas Kenyataan Bekas Suaminya

$
0
0
SYURA

Syura Masterchef

KUALA LUMPUR 18 Jan. – Juara MasterChef musim kedua, Syura Badron, 30 atau nama sebenarnya Zuraidah Badron mengakui dirinya kini berada dalam keadaan tertekan dek dakwaan yang dibuat oleh bekas suaminya, Mohd. Fadhly Md. Yassin.

Sebelum ini berita ada melaporkan mengenai kenyataan bekas suaminya yang dilihat punca perbalahan dan penceraian mereka sedikit sebanyak berpunca daripada dirinya.

BACA DI SINI SYURA TIDAK PERNAH BERHASRAT UNTUK TAAT KEPADA SUAMI SELEPAS RUJUK PADA 2014 DULU?

Syura enggan mengulas lanjut akan dakwaan Mohd. Fadhly yang mendakwa penyanyi ‘Nazam Berkasih’ itu berubah sikap selepas menjuarai program realiti masakan terbitan Astro itu.

“Maaf, saya tengah serabut sekarang ini terhadap tuduhan bekas suami saya. Berikan saya masa untuk bersendirian. Insya-Allah saya akan tampil memberikan jawapan,” katanya ringkas ketika dihubungi.

Syura dan Mohd. Fadhly yang juga sepupunya mendirikan rumah tangga pada 29 Mac 2006 dan telah disahkan bercerai pada September lalu setelah tidak bersefahaman.

Perkahwinan mereka dikurniakan tiga cahaya mata.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Trending Articles