Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Lelaki Ditahan Bungkus Dadah Dalam Bilik Tidur

$
0
0

dadah-transformed_8

 

Seremban – Polis menemui dadah bernilai kira-kira RM2,850 dalam bilik tidur sebuah rumah seorang lelaki di Taman Seremban Jaya, Senawang dekat sini, semalam.

Dalam Ops Tapis, kira-kira jam 12 tengah hari, pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban, yang diketuai oleh Inspektor V Letchumy, juga menemui peralatan membungkus dadah dalam bilik itu.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun, berkata dadah jenis heroin seberat 56.9 gram ditemui dalam lapan paket dan botol plastik.

Katanya, anggota polis turut menemui tiga paket plastik berisi ketulan kristal, dipercayai syabu seberat 16.6 gram. “Dadah itu dipercayai diambil dari Kuala Lumpur.

Siasatan awal mendapati suspek berusia 51 tahun itu mempunyai 11 rekod jenayah lampau yang kebanyakan berkaitan dadah,” katanya di sini, hari ini. Muhamad Zaki berkata, pihaknya turut merampas alat penimbang digital dan beberapa paket plastik pelbagai saiz, dipercayai digunakan untuk membungkus dadah.

Katanya, polis akan mendapatkan perintah tahanan reman terhadap suspek, esok, manakala kes disiasat mengikut Seksyen 39B dan Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082