Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Pesara Parah Terkena Tembakan Ketika Bungkus Cempedak

$
0
0

20160513_040326_harianterbit_tembak

 

Ipoh – Seorang pesara yang parah terkena tembakan pada lengan kanan ketika membungkus cempedak di dusun buah-buahan di Kampung Chepor Dalam di sini, 11 Ogos lalu, membuat laporan polis berhubung kejadian, semalam.

Lelaki itu membuat aduan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh, jam 12 tengah hari semalam bagi meminta pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap individu yang menembaknya yang juga pesara pegawai kanan polis berpangkat Datuk.

Pesara Telekom Malaysia Berhad (TM) A Lucus, 63, membuat aduan itu dengan ditemani Ahli Parlimen Ipoh Barat M Kulasegaran yang juga peguamnya.

Menurutnya, susulan kejadian itu, dia terlantar sebulan di hospital sebelum dibenarkan keluar pada 11 September lalu selepas menjalani tiga pembedahan akibat parah pada lengan kanan terkena satu das tembakan yang pelurunya menembusi tangannya dan kini perlu ke hospital setiap hari untuk mencuci luka.

Katanya, walaupun lebih sebulan kejadian berlaku, kesakitannya masih dirasai dan kadang-kala dia terfikir lebih baik tangan kanannya dipotong kerana terlalu sakit menyebabkannya tidak boleh tidur, bergerak serta baring.

“Selama tiga minggu, saya hanya melelapkan mata sambil duduk di kerusi kerana tidak dapat baring dan kini perlu ke hospital untuk mencuci luka. Saya perlu dihantar ahli keluarga kerana tidak mampu memandu,” katanya.

Menurutnya, dia membuat laporan polis itu untuk mendapatkan keadilan dan berharap pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap individu yang berbuat demikian selepas disangkakan monyet yang mengganggu tanaman.

“Saya harap individu berkenaan dikenakan tindakan sewajarnya sebagai pengajaran. Memang dia ada melawat saya di hospital untuk meminta maaf selepas Harian Metro melaporkan keadaan saya.

“Saya mungkin boleh memaafkannya, namun tetap mahu mengambil tindakan undang-undang termasuk menyamannya,” katanya.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082