Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Timbalan KPN Beri Amaran Jangan Sebar Video Wanita Dibogel, Dipukul

$
0
0

KUALA LUMPUR 27 MAY 2016. Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim. NSTP/SURIANIE MOHD HANIF

 

Kuala Nerus – Polis memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak menyebarkan video memaparkan seorang wanita dipukul dan dibogelkan yang viral sejak Sabtu lalu.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim, berkata penyebaran video berkenaan adalah salah kerana mengaibkan mangsa dan polis boleh mengambil tindakan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Katanya, polis masih menyiasat sumber penyebaran video terbabit dengan bantuan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

“Ketika ini, polis sudah merekodkan enam keterangan dan sedang mengumpul bukti secara dokumentasi termasuk mengenal pasti video asal, dari telefon bimbit mana ia dirakam dan bagaimana ia tersebar.

“Polis juga sudah mengenal pasti wanita yang membelasah seorang wanita lain dalam video itu dan berusaha menjejaknya,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Penutup Perkhemahan Kor Kadet Polis Peringkat Kebangsaan 2016 di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail, Telaga Batin, di sini hari ini.

Noor Rashid berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998, selain Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan cedera dan Seksyen 506 kanun sama bagi kesalahan melakukan ugutan jenayah.

Klip video berdurasi 2 minit 8 saat memaparkan seorang wanita diserang seorang wanita lain dan dibogelkan, manakala satu lagi klip video berdurasi 1 minit 15 saat menunjukkan seorang wanita didakwa sebagai ‘Nadia’ menyerang lelaki dipercayai suaminya.

Kejadian dikatakan di sebuah hotel di pekan Sungai Golok, Thailand pada Selasa minggu lalu.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082