Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

BERSIH Dibiayai Kuasa Asing? TPM Arah Siasat Segera

$
0
0

f5c1

Maklumat yang mendakwa hartawan George Soros membiayai Bersih, Merdeka Center dan Malaysiakini perlu disiasat, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, perkara itu harus disiasat secara emperikal iaitu berdasarkan pemerhatian dan ujian saintifik.

“Soalnya bukan ‘siapa’ dibiayai dan ‘kenapa’. Apa yang harus di­tanya ialah penglibatan pihak luar terhadap politik negara.

“Ini kerana politik Malaysia mengikut acuan yang sesuai dengan politik negara kita. Tidak perlulah, jika benar melibatkan pihak luar apatah lagi pembia­yaan akti­viti politik sama ada menentang atau menyokong mana-mana orga­nisasi atau individu,” kata­nya kepada pemberita pada pelancaran buku bertajuk Being Abdullah Ahmad Badawi: The Authori­sed Biography, di sini hari ini.

Menurut laporan media hari ini, satu kumpulan asing dipengerusikan hartawan George Soros membiayai beberapa orga­nisasi tempatan dalam program­nya mempengaruhi keputusan pilihan raya umum akan datang.

Ditanya mengenai gesaan beberapa pemimpin tempatan supaya siasatan dijalankan ke atas organisasi yang terlibat, Ahmad Zahid berkata, ia akan dilakukan sekiranya terdapat laporan polis.

“Biar laporan polis dilakukan. Kita juga akan lakukan tindakan sebagaimana saranan itu. Kita tidak tertakluk pada sebarang spekulasi atau saranan,” katanya. – BERNAMA


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Trending Articles