Gambar file
Mungkin tidak ramai memahami kerja buat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) yang sedang berusaha menangani masalah kekurangan minyak masak paket 1Kg dipasaran walaupun kadar pengeluaran stok 45,000 tan metrik sebulan sudah mencukupi bagi kegunaan rakyat Malaysia.
Terkini KPDNKK akan mengkaji mekanisme khusus bagi memastikan penjualan minyak masak paket sekilogram dihadkan kepada pengguna.
Walaupun ia belum tentu dapat dilaksanakan impak kepada KPDNKK pastinya akan berlaku jika dilaksanakan.
Masalah penyeludupan perlu diambil serius oleh pihak penguatkuasa di sempadan negara jiran, jangan biarkan KPDNKK berhempas pulas menangani isu minyak masak yang sedang hangat diperkatakan.
Jika ketirisan tidak berlaku, stok 45,000 tan metrik bahan itu yang disediakan sebulan sudah mencukupi untuk pengguna harian.
Pengeluaran 45,000 tan metrik minyak paket bersubsidi sukar didapati dan KPDNKK telah dipandang serong sebagai pihak yang tidak berusaha mengatasi masalah sedang berlaku.
Rakyat tahu, KPDNKK berusaha keras membenteras pihak-pihak tidak bertanggungjawab menyimpan dan menyorok minyak masak bersubsidi.
Usaha itu nampaknya berhasil sehingga ada yang telah didakwa di mahkamah.
Oleh kerana itu, ramai berpendapat kesukaran untuk memperolehi minyak masak bersubsidi paket 1Kg ada kaitan dengan kegiatan penyeludupan .
Namun begitu KPDNKK bukanlah satu badan penguatkuasa kawalan sempadan.
Rakyat tahu Pasukan Gerakan Am(PGA) yang sering kelihatan ditebing sungai Golok tidak mempunyai bidang kuasa untuk merampas barang yang telah berada dalam sungai kerana ia berkait rapat dengan undang-undang perairan antarabangsa.
Persoalannya,’
Apakah barang yang telah berada dalam sungai tidak melalui daratan? dan Perlukah KPDNKK diberi kuasa untuk membanteras masalah penyeludupan?
-TV14.my