Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Lelaki Cedera Parah Ditikam Abang Ipar

$
0
0

pisau-tikam-tujah

 

BALIK PULAU: Seorang lelaki cedera di bahagian rusuk kiri dan bahu kanan selepas ditikam abang iparnya dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Teluk Bahang, di sini, semalam.

Dalam kejadian pada jam 8.45 pagi itu, mangsa yang berusia 31 tahun dan suspek bergaduh disebabkan perselisihan faham berhubung penjagaan anak mangsa.

Pemangku Ketua Polis Daerah Barat Daya, Deputi Superintendan Nor Salawati Saad, berkata hasil siasatan awal mendapati, pergaduhan dipercayai berpunca selepas suspek berusia lewat 30-an lewat pulang ke rumah untuk menjaga anak mangsa.

“Mangsa ketika itu hendak keluar bekerja dan suspek pula lewat pulang ke rumah, menyebabkan berlaku perang mulut antara mereka sebelum mangsa ditikam menggunakan objek tajam.

“Suspek kemudian melarikan diri dan usaha mengesannya masih dilakukan dan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh,” katanya dalam kenyataan pagi ini.

Mangsa yang parah dirawat di Hospital Balik Pulau (HBP) dan keadaannya dilaporkan stabil.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082