Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

JAIS Diperalat Kerajaan Selangor Untuk Angkat Semula Imej Peliwat?

$
0
0

budiman-pemikirananwar

Jabatan Agama Islam Selangor telah diperalat oleh kerajaan negeri PKR untuk kepentingan politik tertentu apabila dibabitkan dengan seminar pemikiran Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Adun Sungai Panjang Budiman Mohd Zohdi berkata, sebagai jabatan yang bertanggungjawab memastikan pembangunan Islam di Selangor, JAIS tidak seharusnya terbabit apatah mengeluarkan arahan kepada guru-guru agama di negeri ini untuk menghadiri seminar itu.

“BUDIMAN-02Ia seolah-olah satu cubaan untuk mengangkat darjat Anwar Ibrahim sebagai tokoh pemikir yang kononnya boleh mencorakkan pembangunan pendidikan Islam kepada golongan pendidik dan anak-anak Selangor,” katanya dalam kenyataan, Rabu.

Katanya, JAIS spatutnya lebih peka dan mengambil kira latar belakang Anwar yang ketika ini dipenjara setelah didapati bersalah meliwat bekas pembantunya dan ini sahaja sudah cukup dijadikan pertimbangan mengenai masalah moralnya sebelum ini yang tidak sejajar dengan ajaran Islam.

Menurut Budiman lagi, Anwar juga dikaitkan dengan pendiriannya sebelum ini yang menyokong kepada bentuk pemikiran yang bertentangan dengan ajaran Islam seperti fahaman liberalisme dan pluraslime termasuklah menyokong amalan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

“Kesemua bentuk pemikiran dan amalan sedemikian jelas difatwakan sesat dan haram di Selangor,” katanya.

Budiman yang juga Ahli Parlimen Sungai Besar menegaskan, penganjuran seminar itu sendiri dilihat seolah-olah satu cubaan untuk mengangkat kembali imej Anwar yang semakin merudum susulan peranan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dilihat seperti mengetuai pakatan pembangkang.

“Saya dan mungkin sebilangan besar rakyat Selangor merasa amat kesal serta dukacita terhadap isu JAIS mengarahkan guru dari Sekolah Rendah Agama (SRA), Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) dan Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) untuk menghadiri seminar pada 28 November ini,” ujar beliau.

Seminar itu difahamkan dianjurkan Jawatankuasa Tetap Pendidikan Pembangunan, Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Selangor yang akan dirasmikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Sehubungan itu, Budiman mengingatkan Kerajaan PKR Selangor supaya jangan mempergunakan JAIS dengan mengarahkan mana-mana kakitangannya termasuk guru agama menyertai program yang berbentuk politik di negeri ini.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Trending Articles