Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Suspek Kes Samun Cedera Ditembak Selepas Cuba Rempuh Polis

$
0
0

7032_cekcok-anggota-polisi-di-rohul-tembak-istrinya-hingga-tewas-1

 

KULAI: Dua suspek kes samun ditahan polis ketika cuba melarikan diri selepas dikesan menyorok di kawasan ladang kelapa sawit di Jalan Tan Yoke Fong, di sini petang semalam.

Dalam kejadian jam 4 petang, seorang daripada suspek cedera di pinggang akibat terkena tembakan selepas cuba melanggar polis ketika ditahan selain patah kaki susulan kereta dinaiki kedua-dua suspek terbabas dan melanggar tiang lampu.

Ketua Polis Johor, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd, berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan ada sebuah PERODUA Bezza dalam keadaan mencurigakan di Taman Desa Kulai, di sini.

Katanya, anggota polis yang membuat rondaan mengesan kereta terbabit di Taman Mewah, di sini sebelum mendekati kenderaan itu untuk melakukan pemeriksaan, bagaimanapun kenderaan dinaiki kedua-dua suspek berusia lingkungan 20-an itu terus memecut bagi mengelak ditahan.

“Kereta berkenaan dikesan semula menyorok di kawasan ladang kelapa sawit di Jalan Tan Yoke Fong dalam keadaan enjin dimatikan dan ketika anggota polis hendak memeriksa, suspek tidak memberikan kerjasama serta bertindak agresif cuba melanggar anggota berkenaan.

“Demi mempertahankan diri dalam situasi yang mengancam nyawa, anggota berkenaan terpaksa melepaskan tembakan ke arah tayar, tetapi suspek tidak memberhentikan kereta dan terus memecut laju sebelum anggota bertindak mengejar kenderaan itu sejauh kira-kira dua kilometer,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan di sini, hari ini. Wan Ahmad Najmuddin berkata, kereta suspek kemudian terbabas di hadapan sebuah rumah di Jalan Selendang 17, Taman Mewah, di sini dan kedua-dua lelaki berkenaan cuba melarikan diri, namun berjaya ditahan polis.

“Kedua-dua suspek yang cedera dibawa ke Hospital Kulai di sini, untuk rawatan. “Semakan terhadap kereta yang dinaiki suspek mendapati ia adalah kenderaan curi berkait dengan satu kes di Bukit Indah, Skudai yang dilaporkan dua hari lalu,” katanya.

Katanya, kereta itu juga digunakan dalam kejadian samun sekitar Johor Jaya serta Taman Perling di Johor Bahru dan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Trending Articles