Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Tahun Baru Cina : Bas Banyak Terkandas, Syarikat Alami Isu Insurans

$
0
0

bas

Beribu-ribu pengguna mungkin berdepan masalah atau tidak dapat pulang pada cuti panjang Tahun Baru Cina apabila syarikat-syarikat bas ekspres terperangkap dengan isu insurans.

Syarat baharu untuk mendapatkan insurans telah mengejutkan pengendali dan syarikat-syarikat bas dan boleh menyebabkan ratusan, jika tidak ribuan bas tidak dapat bergerak di jalan raya.

Ini kerana Malaysian Motor Insurance Pool (MMIP) mahu semua bas mempunyai peranti pengesan khas sebelum mereka boleh mendapatkan insurans dan kemudiannya cukai jalan.

Keperluan itu datang hanya beberapa minggu sebelum orang ramai sibuk untuk pulang ke kampung halaman menjelang musim perayaan.

Sesetengah pengendali bas berkata mereka menerima surat daripada MMIP pada pertengahan Januari memberitahu mereka supaya memasang peranti pengesan khas dalam bas bermula 1 Februari.

Surat itu menyatakan bahawa, produk insurans telematik yang baharu telah diperkenalkan untuk menangani ‘insiden tinggi’ kemalangan bas dan kematian.

Katanya, peranti itu perlu dipasang dalam bas supaya MMIP boleh memantau dan memberi amaran kepada pemandu syarikat bas yang tidak memenuhi piawaian tertentu.

Antara lain, peranti telematik bas boleh merakam tingkah laku memandu dalam masa nyata, seperti bagaimana dia membelok, menggunakan brek dan corak pemanduannya.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082