Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Tukang Masak Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Penuntut Wanita UiTM

$
0
0

hakim

TAIPING – Seorang tukang masak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang penuntut wanita dengan mengelar leher mangsa di Kilometer 228.2 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan berhampiran Bukit Gantang pada 2 Feb lepas.

Syarafi Abu, 25, didakwa melakukan perbuatan itu terhadap Nursyuhada Johari, 20, penuntut Universiti Teknologi MARA (UiTM) Pulau Pinang, yang meninggal dunia di Hospital Kuala Kangsar pada 11.55 pagi hari yang sama.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Pesuruhjaya Kehakiman Mohamed Zaini Mazlan menetapkan lima hari mulai 7 Mac 2016 untuk perbicaraan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Yusaini Amer Abdul Karim memaklumkan pendakwaan akan memanggil 12 saksi.

Tertuduh diwakili peguam Datuk Naran Singh manakala Yusaini Amer turut dibantu Timbalan Pendakwa Raya Mohd Amril Johari.

— BERNAMA


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Trending Articles