Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Warga Singapura Di Buru Suspek Kes Pukul – Polis

$
0
0

 

 

Polis memburu sekumpulan lelaki dipercayai warga Singapura bagi membantu siasatan berhubung kes memukul seorang lelaki tempatan di sebuah stesen minyak di hentian rehat dan rawat (R&R) Tanjung Kupang di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Superintendan Noor Hashim Mohamad, berkata dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi itu, mangsa berusia 40 tahun yang bekerja di bahagian kejuruteraan sebuah syarikat di Singapura sedang memandu keluar dari negara jiran itu sambil ditemani isterinya.

“Secara tiba- tiba sebuah BMW menggunakan nombor pendaftaran Singapura meminta mangsa memberhentikan kenderaan dipandunya di plaza tol berkenaan sambil turut menunjukkan sebatang kayu.

“Namun, mangsa meneruskan perjalanan sehingga ke sebuah stesen minyak di R&R berkenaan,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Noor Hashim, berkata setibanya di lokasi kejadian, mangsa dihampiri lima lelaki yang turun daripada tiga kereta termasuk BMW itu sebelum dipukul.

“Dua lagi kenderaan adalah jenis Honda Civic juga bernombor pendaftaran Singapura. Menyaksikan kejadian itu, isteri mangsa bertindak menjerit meminta bantuan sebelum kesemua suspek bertindak melarikan diri.

“Mangsa mengalami kecederaan ringan pada bahagian dahi, bahu kanan serta sakit pada beberapa anggota badan yang lain,” katanya.

Beliau berkata, polis kini sedang menyiasat motif sebenar kejadian selain ketiadaan rakaman litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian.

Kesemua suspek berusia dalam lingkungan umur 30-an dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

– BHONLINE

 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082