Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

IPD Johor Terima 7 Laporan Macau Scam Dalam Seminggu

$
0
0

 

JOHOR BAHRU: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara, di sini, menerima tujuh laporan berkaitan penipuan melalui panggilan telefon atau `Macau Scam’ pada minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Mohd Taib Ahmad, berkata tiga daripada mangsa membuat laporan mendakwa mengalami kerugian berjumlah RM35,200 akibat penipuan berkenaan.

“Sindiket berkenaan menyamar sebagai pegawai bank dan polis, menghubungi mangsa serta memaklumkan kononnya terbabit dengan satu transaksi kewangan tidak dibenarkan.

“Mereka kemudian mengugut mengambil tindakan undang-undang ke atas mangsa jika tidak mengikut arahan iaitu memasukkan sejumlah wang kepada akaun pihak ketiga,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini. Mohd Taib berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082