IPOH 8 Feb. – Sebanyak 11,642 saman dikeluarkan sepanjang tujuh hari Op Selamat 8/2016 dijalankan sempena perayaan Tahun Baharu Cina di seluruh negeri ini bermula 1 Februari lalu.
Pegawai Turus Trafik negeri, Deputi Superintendan Mohd. Mahiri Hussin berkata, dalam tempoh itu, sebanyak 886 kes kemalangan jalan raya turut dilaporkan.- UTUSAN