Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Ada Yang Mahu Curi Taring Harimau Yang Dilanggar Di LPT – Saksi

$
0
0

image

KUALA TERENGGANU, 9 Feb — Malang harimau belang yang mati dilanggar di Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) apabila datang individu datang ke lokasi kejadian mengetuk mulut bangkai haiwan berkenaan dengan penukul untuk mendapat taringnya.

Saksi kejadian Ahad lalu, Mohd Syahrin Abdul Aziz, 43, berkata pada mulanya datang seorang lelaki menggunakan sejenis tukul mengetuk beberapa kali mulut harimau bunting itu namun tidak pasti sama ada ia berjaya dikeluarkan.

“Saya cakap jangan ambil. Lelaki itu pergi ke bangkai dan tengok-tengok dulu sebelum menelefon seseorang.

“Dia [kemudiannya] mengetuk mulut haiwan itu menggunakan pengetuk tapi gigi [taring] itu memang sudah nak cabut,” katanya dipetik akhbar Kosmo! hari ini.

Syahrin yang juga pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) yang merempuh mati haiwan itu berkata, kejadian itu berlaku sebelum pihak peronda tiba ke lokasi kejadian dan beliau juga sudah membuat aduan kepada pegawai Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

Sementara itu, Pengarah Perhilitan Terengganu, Mohd Hasdi Husin berkata pihaknya akan memanggil semua individu yang berjada di lokasi berkenaan untuk membantu siasatan memandangkan beberapa gambar menunjukkan individu sedang mengetuk taring harimau dengan penukul sudah mula tersebar di Facebook.

Katanya, tindakan sdemikian boleh disiasat dibawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2000 yang memperuntukkan hukuman denda dan penjara jika didapati bersalah.

Harimau betina itu dilaporkan mati dilanggar MPV jenis Hyundai pada malam kejadian di Kilometer 321.2 LPT2 berhampiran susur keluar Plaza Tol Kerteh kira-kira pukul 1 pagi.

Haiwan liar spesis terancam seberat lebih 100 kilogram itu dipercayai dari Hutan Simpan Rasau dekat Kemaman.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Trending Articles