Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Harga Motor Berpuluh Ribu, Tapi Cukai Jalan Tak Mampu Bayar?

$
0
0
image

Gambar hiasan

Bergaya menunggang motosikal Harley Davidson namun tiada cukai jalan.

Itu lagak lelaki warga India berusia 34 tahun apabila menunggang motosikal mewah berkenaan tanpa cukai jalan selama setahun.

Bagaimanapun, dia menemui padah apabila ditahan dalam Operasi Khas Motosikal Jabatan Pengangkutan Jalan Raya (JPJ) Kuala Lumpur di Jalan Bangsar, malam kelmarin.

Pengarah JPJ Kuala Lumpur Datuk Md Ziki A Rahman berkata, motosikal warga India berkenaan disita untuk tindakan lanjut.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, dalam operasi jam 8 hingga 12 tengah malam semalam, 16 kenderaan masing-masing 14 motosikal dan dua kereta disita atas pelbagai kesalahan.

“Kami mengeluarkan 192 notis saman atas pelbagai kesalahan kepada pengguna jalan raya.

“Tiada kompromi terhadap kesalahan dilakukan kerana sudah berulang kali JPJ ingatkan,” katanya.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082