Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Benjy Dilepas dan Dibebaskan Kes Dadah

$
0
0

Kuala Lumpur : Pelakon Khaeryll Benjamin Ibrahim atau Benjy dilepas & dibebaskan oleh Mahkamah Majistret KL atas 2 tuduhan memiliki dadah, Mac lalu.

Benjy bersama rakannya, Julia Ernie Jamaludin, 29, didakwa memiliki dadah jenis methamphetamine anggaran berat 9.33 gram serta dengan pengetahuan dan niat bersama didapati dalam kawalan mereka dadah jenis yang sama kira-kira seberat 3.4 gram.

Kedua-dua perbuatan itu didakwa dilakukan mereka di bilik Hainan, The Reeds Boutique Hotel, No. 9, Jalan Yap Ah Shak di sini, kira-kira pukul 9.30 malam, 5 Mac lalu.

Benjy yang popular menerusi drama Kerana Cintaku Saerah dan rakan wanitanya itu mengaku tidak bersalah atas kedua-dua pertuduhan berkenaan.

Julia Ernie juga mengaku tidak bersalah atas satu lagi pertuduhan iaitu didapati dalam kawalannya dadah jenis yang sama dengan berat kasar 2.3 gram pada masa, tarikh dan tempat yang sama.

Pertuduhan memiliki dadah dikemukakan mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum mengikut Seksyen 39A(1) akta sama, yang membawa hukuman penjara minimum dua tahun dan maksimum lima tahun serta sebatan tidak kurang tiga kali dan tidak lebih daripada sembilan kali.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082