Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

22 Pendatang Asing Dicekup Imigresen

$
0
0

pati

ALOR SETAR: Seramai 22 pendatang asing tanpa izin (PATI) pelbagai warganegara dicekup Jabatan Imigresen Kedah dalam serbuan menerusi ‘Op Ikrar’ di sekitar Pendang, semalam.

Pengarahnya, Mohamad Yusri Hashim berkata, ketika menjalankan pemeriksaan di tiga lokasi premis rumah di Pendang pada pukul 1.20 pagi, pegawai yang bertugas telah menahan sembilan lelaki warganegara Bangladesh, Indonesia (satu) dan 11 lelaki serta seorang wanita Myanmar yang berumur 15 hingga 50 tahun.

“Pemeriksaan telah dijalankan ke atas 37 warga asing pelbagai warganegara di Bukit Perak, Jalan Kampung Baru 1 dan Kampung Banggol Ibus dan hasilnya 22 daripadanya telah ditahan atas pelbagai kesalahan.

“Hasil siasatan lanjut mendapati warga asing yang ditahan bekerja di pusat semaian dan syarikat pembersihan lebuh raya di sekitar Alor Setar,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan yang dikelaurkan di sini, hari ini.

Tambah Mohamad Yusri, kesemua yang ditahan ditempatkan di lokap Imigresen, Bangunan Kementerian Dalam Negeri, Alor Setar, untuk siasatan dan tindakan lanjut sebelum diserah ke Depot Tahanan Imigresen Belantik, Sik.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Trending Articles