Amboi marah betul seorang netizen di Facebook ini (lihat gambar di bawah). Dia yang dipercayai sudah berkahwin meluahkan rasa marah dan tidak puas hati kepada group Whatsapp di kalangan lelaki.
Katanya, kebanyakan lelaki yang berkumpul dalam group bersifat online itu, suka bercerita tentang wanita-wanita hot di luar sana.
Bukan itu sahaja, mereka berkongsi gambar-gambar wanita seksi dan memberi komen yang agak lucah antara satu sama lain.
Sedangkan mereka ini bukannya ‘single’ tapi masing-masing sudah mempunyai isteri masing-masing.
Katanya lagi, kalau rasa tak puas hati dengan penampilan isteri di rumah, lakukanlah sesuatu. Seperti servis rawatan wajah, menguruskan badan dan membelikan pakaian yang cantik.
Dan bukannya berangan untuk memiliki wanita lain, sedangkan isteri sendiri pun tak terjaga.
Meskipun luahannya agak kasar, namun banyak yang setuju dengan luahan wanita ini. Iyalah, bukan mudah menjadi isteri yang boleh memuaskan hati suami sepanjang masa.
Seharusnya suami cuba mewujudkan suasana terbaik dalam perhubungan. Dan bukannya cuba terikut-ikut menjadi ‘gatal’ di luar sana seperti rakan lain.