Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Polis Perlu Tangkap Segera Penyebar Fitnah Ustaz Kazim Elias Meninggal Dunia

$
0
0

DUKE

DISEBABKAN terlalu penat dan saluran darah tersumbat, pendakwah bebas terkenal Datuk Ustaz Kazim Elias telah dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.

Selama dua hari berada di wad dalam keadaan yang kurang stabil, ada pula pihak-pihak tidak bertanggungjawab cuba menyebarkan berita bahawa pendakwah tersebut telah kembali kerahmatullah.

Berita tersebut dipercayai telah tersebar di sistem pesanan ringkas atau SMS dan aplikasi WhatsApp sehari selepas beliau dimaksukkan ke hospital.

Namun demikian, cerita tersebut telah dinafikan oleh pembantu peribadinya, Annuar Mat Taib yang menegaskan bahawa ia tidak benar sama sekali.

Memandangkan Ustaz Kazim semakin stabil, semalam beliau telah dibenarkan keluar dari HUSM dan perlu menerima rawatan susulan di Ipoh, Perak.

Berbalik kepada cerita fitnah yang tersebar di media sosial mengenai Ustaz Kazim meninggal dunia, seharusnya tindakan serius harus diambil kepada mereka yang cuba melakukan dan menyebarkan fitnah tersebut.

Oleh demikian, Tv14 menggesa pihak berkuasa khususnya Polis Di Raja Malaysia dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mencari dan mengambil tindakan keatas pelaku yang tidak berperikemanusiaan tersebut.

Semoga Ustaz Kazim akan terus sihat dan para pembawa cerita fitnah berkenaan dapat dihukum dengan setimpal. – Tv14


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082