Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Ramai Rakyat Malaysia Berusia 25 Tahun Telah Jatuh Muflis

$
0
0
muflis

gambar hiasan

Putrajaya: Lebih 46,000 individu muflis mendapat pelepasan dan pembatalan bankrap melalui mahkamah antara 2011 hingga 2015.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri, berkata statistik terbaru kes kebankrapan individu bagi 2015 pula mencatatkan 18,457 iaitu menurun berbanding 22,351 orang pada 2014.

Beliau berkata, secara keseluruhan, 276,753 kes membabitkan bankrap termasuk individu direkodkan sehingga Disember tahun lalu.

“Selain itu, 34,667 kes pula membabitkan kes penggulungan syarikat. Bagi kes individu bankrap pula, kes dikesan seawal usia 25 tahun dan majoriti kes bankrap membabitkan usia 25 hingga 44 tahun,” katanya pada sidang media selepas melancarkan sistem e-Insolvensi, di sini, hari ini.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082