Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Kanak-kanak Perempuan Mati Dipercayai Didera Di Ipoh

$
0
0

Didera

IPOH – Seorang kanak-kanak perempuan berusia kira-kira dua tahun meninggal dunia di Menglembu di sini, pagi Jumaat, dipercayai akibat didera.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata pihaknya mendapat laporan tentang kematian kanak-kanak itu daripada sebuah klinik kesihatan berhampiran.

“Mangsa dibawa oleh neneknya ke klinik itu untuk mendapatkan rawatan setelah mengalami sesak nafas,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sum berkata hasil bedah siasat menunjukkan terdapat kesan kecederaan dan lebam di bahagian kepala mangsa.

Katanya polis akan merakam percakapan beberapa saksi untuk mengenal pasti suspek.

– Bernama


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Trending Articles