Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Kes Curi Kereta, Enam Individu Termasuk Seorang Wanita Ditahan

$
0
0

lokap

 

KUANTAN: Enam individu termasuk seorang wanita ditahan polis setelah mereka disyaki terbabit dalam kegiatan mencuri kenderaan jenis Proton Saga di sini.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh, kesemua suspek yang dalam lingkungan usia antara 21 hingga 33 tahun itu ditahan dalma satu serbuan yang dijalankan di sebuah rumah di Kampung Pandan di sini, 4 petang semalam.

Ketika serbuan dibuat, semua suspek dikatakan cuba untuk meloloskan diri.

“Polis terpaksa memecahkan pintu hadapan rumah ​dan mendapati lima suspek lelaki ​tersebut ​cuba melarikan diri ​menggunakan pintu belakang,” katanya.

Serbuan yang dijalankan pasukan anggota polis dari Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) Balai Polis Gading yang diketuai Inspektor Gray Samuil turut menemukan dua kereta Proton Saga yang disembunyikan di belakang rumah yang dilaporkan hilang di Beserah dan Kuantan.

Suspek wanita pula didapati dikehendaki Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan bagi membantu siasatan satu kes dadah mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Abdul Aziz berkata semua suspek juga didapati positif dadah jenis Amphethamine dan ditahan di lokap Balai Polis Kuantan untuk siasatan mengikut Seksyen Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 serta Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082