Georgetown: Polis Daerah Timur Laut hari ini melupuskan barang rampasan berkaitan perjudian bernilai hampir RM1 juta.
Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata antara barangan yang dilupuskan ialah komputer, monitor dan mesin judi untuk kes sejak 2004 hingga Januari lalu.
“Kesemua kes itu sudah selesai di mahkamah dan barang berkenaan dilupuskan selepas mendapat arahan mahkamah,” katanya di sini, hari ini.