Johor Bahru: Kanak kanak lelaki ditemui lemas di Laman Rekreasi Tasik Pandan, di sini, petang ini.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor, mangsa, Mohd Farizwan Mansor, 12, dikatakan ke kawasan berkenaan bersama rakannya.
“Dia mengajak rakannya mandi manda di tasik berkenaan namun rakannya enggan. Dia juga dikatakan turut membawa bola untuk bermain.
“Kami menerima panggilan pada 3.40 petang. Satu jentera daripada Balai Bomba Johor Jaya diketuai Raja Yusrin Unin bersama lapan anggota ke tempat kejadian.
“Kami tiba di lokasi pada 3.52 petang. Mangsa dijumpai oleh anggota bomba 4.14 petang. Kami cuba memberi bantuan pernafasan namun mangsa sudah tidak bernafas,” katanya.