Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Lelaki Ditetak

$
0
0
image

Gambar fail

Petaling Jaya: Seorang lelaki berusia 36 tahun ditemui maut selepas dipercayai ditetak sekumpulan lelaki berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Petaling, Jalan Utara, SS14, di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 4.30 pagi itu, mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan perut.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, ketika kejadian mangsa bersama rakannya, namun sempat melarikan diri.

“Mangsa dan rakan menaiki motosikal untuk pulang selepas berhibur di sebuah pusat hiburan di Jalan Gasing.

“Bagaimanapun, mereka ditahan 12 lelaki menaiki empat kereta sebelum berlaku pergaduhan.

“Mangsa maut di lokasi kejadian dan dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082