Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Datang Ke Konsert Untuk Curi 38 Buah Telefon Bimbit

$
0
0

image

Seorang lelaki dihukum penjara tiga tahun selepas mencuri 38 telefon bimbit dari penonton sebuah konsert di Birmingham.

Menurut Dailymail, Emanuel Paraschiv, 31, ditahan bersama rakannya, Marius Bazura, 30, ketika cuba keluar dari konsert pada 27 Januari lalu.

Pemeriksaan polis mendapati Emanuel mengikat bahagian buku lali seluarnya supaya telefon yang dicuri tidak jatuh ke tanah.

Polis juga mengesyaki sesuatu tidak kena apabila Marius dalam keadaan mencurigakan semasa cuba keluar dari lokasi konsert.

Pihak mahkamah diberitahu bahawa semua telefon bimbit kini telah dipulangkan kepada setiap pemiliknya.

Petikan dari Sinar Online.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082