Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Sukarelawan Bomba Dikhuatiri Lemas Selepas Terjatuh Ke Sungai

$
0
0

bomba

SRI AMAN: Seorang anggota bomba sukarela dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam sungai Batang Lupar, di sini tengah hari tadi.

Mas Asri Wayudi Mas Manshore, 41, dipercayai terjatuh ketika membuang air kecil di jeti Tebingan Sri Aman.

Mangsa adalah anggota Persatuan Bomba Sukarela Tanjung Engkabang, Sri Aman.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata, kehilangan mangsa disedari rakannya yang kemudian melaporkannya kepada polis.

Beliau berkata, bomba menerima panggilan pada jam 1.58 tengah hari dan sepasukan empat anggota dengan satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Sri Aman dikejarkan ke tempat kejadian.

“Anggota tiba di lokasi pada jam 2.21 petang dan melakukan pencarian berdekatan jeti di Tebingan Sri Aman. Pencarian kini diperluaskan ke persisiran sungai Batang Lupar,” katanya.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Trending Articles