Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Polis Tahan Warga Emas Bersama Dadah Bernilai Lebih RM30,000

$
0
0

gari warga emas

RAUB: Seorang warga emas bersama dadah bernilai lebih RM30,000 berjaya ditahan pihak berkuasa tempatan dalam satu serbuan di sebuah pondok di ladang kelapa sawit Sungai Klau, di sini petang Isnin lepas.

Menurut Ketua Polis Daerah Raub Supt Wan Mohd Zahari Wan Busu, suspek yang berumur 64 tahun itu berada
dalam keadaan khayal ketika tangkapan dibuat pada pukul 6.20 petang.

“Hasil pemeriksaan lanjut polis telah menjumpai beg kain dan satu tin biskut yang berisi beberapa peket dadah iaitu 393.96 gram heroin dan 60.26 gram ganja,” katanya.

Beliau berkata polis turut merampas beberapa barang milik suspek termasuk buku akaun bank yang mempunyai baki lebih RM90,000.

Katanya siasatan awal mendapati suspek telah terlibat lebih 40 tahun dengan aktiviti penyalahgunaan dadah dan mempunyai mempunyai 10 rekod kes jenayah lampau termasuk kes di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Wan Mohd Zahari berkata suspek kini ditahan reman sehingga Isnin depan untuk siasatan mengikut Seksyen 39 B Akta Dadah Berbahaya 1952.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Trending Articles