KUMPULAN ‘PakaTun’ dan ‘Anti-Najib’ tidak akan sanggup duduk diam selagi Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak masih memegang kuasa tampuk pemerintahan negara ini.
Kerakusan mereka itu adalah dari hati-hati yang ‘gelap’ tidak mahu terima segala kebaikan dan jawapan terhadap persoalan serta isu yang ditujukan oleh mereka sendiri.
Dengan kata mudah, setiap satu isu dan pertanyaan yang mereka utarakan di media sosial khususnya, bukanlah kerana mahu mencari atau mendapatkan jawapan/fakta, tetapi hanyalah mahu memburukkan pemimpin nombor satu negara itu.
Sedangkan, jika bertemu muka secara berdepan, mereka ini tidak pula berani persoalkan apa yang mereka tulis di blog atau facebook terhadap Perdana Menteri.
Contoh terbaru, apabila Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan bahawa terdapat usaha dari militan IS mahu menculik Najib Razak, beliau dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, ada ‘askar media sosial’ pro Tun Dr Mahathir Mohamed telah memuatnaik status di facebook seolah-olah mempersendakan pendedahan itu.
Dengan memuatnaik himpunan pandangan kawan-kawannya yang juga ‘Anti-Najib’, pemilik akaun facebook bernama ‘Ratu Naga’ ini telah menulis status berbunyi ‘Reakasi Rakyat Malaysia bila dapat tahu Najib nak kena culik’.
Melalui statusnya itu dipercayai terdapat unsur-unsur cuba mempermainkan dan mahu memburukkan imej Perdana Menteri yang sedang berhadapan dengan risiko keselamatan tahap tinggi.
Malah, adakah dengan status berkenaan pemilik akaun Ratu Naga cuba merendah-rendahkan kerja keras pihak keselamatan dalam memastikan negara kita sentiasa aman dan harmoni?
Apapun, tindakan ‘askar-askar media sosial’ kumpulan PakaTun dan Anti-Najib ini sudah terlalu terdesak kerana satu per satu tuduhan fitnah yang mereka taburkan telah dijawab oleh pihak berwajib.
Tidak mustahil mereka akan sanggup menggunakan kaedah membuka aib pemimpin dan ‘bergabung’ dengan pihak pembangkang khususnya Red Bean Army (RBA) jika terus terdesak. – Tv14