Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Rempuh Kawalan Keselamatan, 2 Warga Australia Diarah Keluar Malaysia

$
0
0

  

KUCHING: Dua warga negara Australia yang merempuh kawalan keselamatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Kampung Haji Baki, malam Sabtu lalu, diarah keluar dari negara ini, hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Senior Asisten Komisioner Dev Kumar, berkata arahan itu dibuat mengikut Seksyen 8(3)(h) Akta Imigresen 1959/63.

Dua lelaki terbabit, Eroglu Levent dan Linton Joshua Besser, ditahan di Masjid Darul Ehsan, Kampung Haji Baki di Kota Sentosa, pada jam 8.35 malam, Sabtu lalu kerana mengingkari arahan polis supaya tidak melepasi kawalan keselamatan ketika lawatan Najib ke masjid berkenaan.

Siasatan terhadap dua lelaki terbabit dibuat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam. 

Dev berkata, kertas siasatan polis diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya, semalam. 

“Bagaimanapun, hari ini polis menerima makluman daripada Timbalan Pendakwa Raya bahawa tiada pendakwaan dilakukan terhadap dua lelaki terbabit. Sebaliknya mereka diarah keluar dari negara ini,” katanya. -BH Online


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082